Terjemahan oleh: zain y.s
Soal: Saya telah terbaca kata-kata di dalam buku anda (al-Islam Mulaz Kulli al-Mujtamaat al-Insaniah) dengan tajuk ( Laisa Kullu Jadid Bid’ah). Di dalamnya anda menyatakan bahawa di dalam Islam tidak terdapat apa yang dinamakan sebagai Bid’ah Hasanah atau Saiyi’ah. Dan saya dapati perkataan anda ini telah bercanggah dengan apa yang ditulis oleh al-Nawawi di dalam kitab Syarhun Nawawi Ala Shahih Muslim, ketika beliau menjelaskan Hadis-hadis tentang Bid’ah. Dan juga bercanggah dengan tulisannya di dalam kitab Tahzib al-Asma’ Wal Lughaat. Bahkan beliau (al-Nawawi) membahagikan Bid’ah itu kepada 5 bahagian: Wajib, sunat, makruh dan seterusnya…
Al-Imam Ibnu Hajar juga telah menyatakan begitu di dalam kitabnya Fathul Bari ketika menjelaskan tentang hadis-hadis Bid’ah solat Tarawih. Begitu juga dengan al-Imam al-Izz bin Abdus Salam di dalam kitabnya Qawa’idul Ahkam.
Apakah sebenarnya penjelasan di sebalik ini semua?
Jawab:
Mereka yang membahagikan Bid’ah itu kepada beberapa bahagian seperti al-Nawawi dan selainnya, sesungguhnya mereka itu memaksudkan bid’ah dari sudut bahasa. iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru yang tidak pernah ada sebelumnya. Inilah makna ibda’ (bid’ah) dengan maksudnya yang umum. Ia seperti yang dikehendaki di dalam hadis: “Barangsiapa yang menunjukkan satu sunnah yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya…” Al-Hadis.
Manakala Bid’ah menurut syarak dan istilah, iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam urusan agama yang tidak wujud sebelumnya. Ia tidak terbahagi kepada hasanah (baik) atau saiyiah (buruk). Bahkan bid’ah dalam agama sentiasa saiyi’ah (buruk). Ini berbetulan dengan sabdaan s.a.w.: “Setiap Bid’ah itu dhalalah…”
Sumber: http://www.bouti.com/bouti_fatawa_c129.htm
Teks Fatwa:
قرأت لكم مقال في كتابكم ( الإسلام ملاذ كل المجتمعات الإنسانية ) بعنوان ( ليس كل جديد بدعة)، قررتم فيه أنه لا يوجد في الإسلام (بدعة حسنة أو سيئة) وقد قرأت أنا شخصياً ما يناقض كلامكم في شرح النووي على صحيح مسلم عند شرحه لأحاديث البدعة، وفي كتابه تهذيب الأسماء واللغات بل لقد قسمها إلى خمسة أقسام الواجبة والمندوبة والمكروهة ..الخ وذكر الإمام ابن حجر نحو ذلك في فتح الباري عند شرحه لأحاديث البدعة في صلاة التراويح وأيضاً ذكر الإمام العز بن عبد السلام في كتابه -قواعد الأحكام- نحو ذلك فما سر هذا الالتباس؟.
كل الذين قسموا البدعة إلى أقسام متعددة كالنووي وغيره، فإنما أرادوا بالبدعة معناها اللغوي، وهو استحداث أمر لم يكن من قبل. وهذا هو معنى الإبداع بمدلوله العام وهو المراد بالبدعة في حديث: ((من سن سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها..)) الحديث.
أما البدعة بمعناها الشرعي والاصطلاحي، وهي ((إحداث أمر في الدين وهو ليس منه)) فلا تنقسم إلى حسنة وسيئة بل هي سيئة دائماً، ومصداق ذلك قول رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كل بدعة ضلالة…))
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=8150
